Kelab Jiwa Luka
AM muncul dengan tak disangka-sangka tengah aku dan Nazmi ngeteh dan sembang orang dagang di tengah malam (aku pedagang, dia prospect). Patutlah aku macam kenal jer teksi luar bandar kaler biru tu.
AM macam aku juga, jiwanya luka. Luka terhiris surat bonus akhir tahun dan kenaikan gaji. Luka yang tak pernah terasa sejak 28 tahun. Dah sekian lama bekerja baru inilah kali pertama terjadi; tiada bonus diperuntukkan untuk AM. *haih..*. AM setiap akhir bulan pergi cucuk dinding dengan kad ATMnya sambil membawa harapan dapat kejutan gembira lebihan wang dalam akaun; agar dapat berbelanja baju raya untuk keluarga.
Cucuk punya cucuk yang timbul hanya gaji pokok yang dah tiada daun. AM kecewa. Sungguh tragis. Apakan daya. Kawan-kawan lain semua dah sibuk buat kira-kira.
Satu kilang pun dah tau.
Aku pula semenjak dari MPR (performance review da..) aku memang dah tak mengharapkan bonus mahupun increment, sebab setelah diukur, performance aku ditanggap dibawah par. Tapi hati aku tetap merasa pahit paing dan sakit hati jugak bila dapat surat bonus.
Maka duduklah aku di sesi teh tarik dengan AM, Kelab Jiwa Luka di malam Bulan Ramadhan di pagar bintang. Mesyuarat Kelab Jiwa Luka melantik aku jadi Presiden dan AM sebagai Timbalan, beresolusi mencari pendapatan sampingan buat belanja raya.
Apa-apa pun, aku sedang menghitung hari dengan kesemua jari tangan dan jari kaki.
This little piggy went to market,
This little piggy stayed at home,
This little piggy had roast beef,
This little piggy had none.
And this little piggy went...
"Wee wee wee" all the way home...

"Berapa bulan kau punya?", "Kau pula berapa bulan?"Dan sama macam aku, dapat surat itu cuma buat sakit hati saja, sebab sudah tahu memang tak dapat.
Satu kilang pun dah tau.
"Ada yang tak dapat la..sorang itu dan sorang ini"Di sini dinding-dinding semua ada telinga selebar daun tingkap dan berkata-kata searticulate (kamus dewan!..kamus dewan!..kamus dewan!) Dina Zaman dan Tok Rimau.
"Iya?Siapa ek?"
Aku pula semenjak dari MPR (performance review da..) aku memang dah tak mengharapkan bonus mahupun increment, sebab setelah diukur, performance aku ditanggap dibawah par. Tapi hati aku tetap merasa pahit paing dan sakit hati jugak bila dapat surat bonus.
Dear iKaNbLuEs,Nak buat macammana? Boss aku (bukan direktor) objektif orangnya dan dia tak boleh menilai subjektif, walaupun aku buat kerja macam nak tertinggung, kerana dia duduk di Wilayah Tengah. Sebulan tak sekali sangat datang menjenguk tanpa diundang. Apa sangat yang dia nampak.
Bonus kosong, increment pun kosong. Cuba lagi tahun hadapan.
Tandatangan Direktor.

<< Home